Job Link

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG DI DALAM
PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

1) JAWATAN (A) - INSPEKTOR (LELAKI/WANITA)

Rujukan Fail : FTMT 20/2007 DLM. KPN (PR) 114/3

i) Jabatan : Polis Diraja MalaysiA
ii) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
iii) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Polis

2) JADUAL GAJI DAN ELAUN

Pangkat

Peringkat Gaji

Elaun Khidmat
(RM)

Insentif
(RM)

Elaun Perumahan
(RM)

Pelatih Inspektor

1. 1,423.50 (STPM)
2. 1,664.16 (Diploma)

160.00

-

-

Inspektor

1,423.50 - 3,710.66

160.00

100.00

420.00

Chif Inspektor

2,681.90 - 4,199.80

160.00

100.00

420.00

3) SYARAT LANTIKAN :-

3.1 Warganegara Malaysia

3.2 Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan

3.3 Kelayakan:-

3.3.1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ATAU

3.3.2 Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan;

ATAU

3.3.3 Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (Termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia;

3.3.4 Calon-calon yang mempunyai kelulusan Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh juga memohon.

3.3.5 Pemohon mestilah memastikan kelyakan yang dimiliki adalah diiktiraf oleh Kerajaan untuk

tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam. Sila rujuk ke Unit Pengiktirafan Kelayakan,

Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengesahkan pengiktirafan

kelayakan yang dimiliki atau layari laman web Pengiktirafan Kelayakan www.jpa.gov.my

4) TARAF JAWATAN

Taraf jawatan adalah TETAP

5) KELAYAKAN FIZIKAL

Kelayakan fizikal bagi jawatan ini hendaklah mempunyai ukuran badan dan pancaindera

seperti berikut :-

5.1 Tinggi sekurang-kurangnya 1.63 meter bagi calon Lelaki dan 157 meter bagi calon Wanita tanpa bersepatu;

5.2 Berat Badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi Lelaki da 48 bagi Wanita;

5.3 Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (Lelaki sahaja):

5.4 Lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa

menggunakan cermin mata;

5.5 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

5.6 Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

6) PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Anggota yang memasuki Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim

Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa

ke semasa.

7) JAWATAN (A) - KONSTABEL (LELAKI SAHAJA)

Rujukan Fail : FTMT 17/2007 DLM. KPN (PR) 114/4

i) Jabatan : Polis Diraja Malaysia
ii) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)iii) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Polis

8) JADUAL GAJI DAN ELAUN ANGGOTA PANGKAT RENDAH

Pangkat

Peringkat Gaji (RM)

Elaun Khidmat (RM)

Elaun
Insentif PDRM (RM)

Elaun Perumahan (RM)

Pelatih

897.00

115.00

-

-

Konstabel

897.00 - 2,065.401

15.00

100.00

275.00

Lans Koperal

1,386.21 - 2,285.94

115.00

100.00

275.00

Koperal

1,071.61 - 2,551.66

115.00

100.00

275.00

Sarjan

1,513.62 - 2836.62

115.00

100.00

275.00

Sarjan Mejar

1,773.16 - 2,897.80

115.00

100.00

275.00

Sub Inspektor

2,032.71 - 3,157.35

115.00

100.00

275.00

9) SYARAT LANTIKAN

9.1 Warganegara Malaysia.

9.2 Berumur 18 tahun - 26 tahun pada tarikh 1hb Oktober 2007.

9.3 Kelayakan:

9.3.1 Lulus SPM dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

(termasuk lulus Ujian Lisan).

ATAU;

9.3.2 Telah menduduki SPM mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian

di dalam 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam 4 mata pelajaran

lain dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

9.3.3 Calon-calon yang memiliki kelulusan Ijazah dan Diploma dari IPTA/IPTS hendaklah mendapatkan

kelulusan pengiktirafan dari JPA bagi maksud lantikan ke Perkhidmatan Awam.

10) Pegawai Rendah Polis yang sedang berkhidmat sebagai Konstabel Tambahan boleh memohon.

Sila rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk maklumat lanjut.

11) TARAF JAWATAN

Taraf Jawatan adalah tetap.

12) KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

12.1 Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m;

12.2 Berat badan sekurang-kurangnya 50kg;

12.3 Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas

12.4 Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa

menggunakan cermin mata;

12.5 Tidak rabun warna dan pendengaran yang tidak cacat; DAN

12.6 Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

13) PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Anggota yang memasuki Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim

Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa

ke semasa.

14) DISKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan

Jenayah Komersil, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan

Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas. Diantara tugas-tugas tersebut ialah rondaan

mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah,

mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan udara bagi mengawal perairan Negara, bagi

mewujudkan suasana aman dan tenteram dikalangan rakyat dan Negara.

15) FAEDAH KERJA

Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik antaranya:-

  • Kemajuan Pangkat bagi Inspektor - Selepas 5 tahun berkhidmat dan disahkan jawatan layak dimajukan ke pangkat Ketua Inspektor. (Gaji Permulaan RM 2,681.90).
  • Kemajuan Pangkat bagi Konstabel - Selepas 3 Tahun Berkhidmat dan disahkan dalam Perkhidmatan layak dimajukan ke pangkat Lans Koperal. (Gaji permulaan RM 1,386.21)
  • Bayaran Intensif Wilayah (bertugas ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya ke semenanjung)
    diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.
  • Elaun Pakaian Seragam Inspektor - RM 500.00
  • Elaun Pakaian Seragam PRP/Konstabel - RM 300.00
  • Elaun Sara Hidup - RM 100.00 - RM 300.00
  • Kemudahan Perubatan

16) CARA MEMOHON

16.1 Permohonan hendaklah menggunakan borang POLIS 262 (Pindaan 1/2006) yang boleh

didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran dan juga daripada laman

web www.rmp.gov.my

16.2 Semua permohonan hendaklah disertakan dengan;

a) Salinan Kad Pengenalan serta Pemohon dan Ibubapa;

b) Salinan sijil-sijil kelahiran Pemohon Ibu dan Bapa;

c) Salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR (Kelulusan ijazah dan diploma hendaklah beserta transkrip

keputusan semua semester);

d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain Sijil Ko-Kurikulum/Sijil Perakuan dan Sukan; DAN

e) Sijil-Sijil Lain yang berkaitan.

(Pastikan kesemua salinan-salinan sijil disahkan oleh Guru Besar/Pendaftar Universiti/Pegawai

Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional)

16.3 Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua

Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

16.4 HANYA BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI BESERTA KESEMUA DOKUMEN-DOKUMEN

DI PARA 16.2 SAHAJA YANG AKAN DIPROSES.

16.5 Permohonan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 23sm dan tuliskan

nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

16.6 Permohonan juga hendaklah disertakan satu sampul surat berukuran 22sm x 11sm bersetem

dan beralamat sendiri.

17) TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada : 26 November 2007

18) ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dihantar kepada:-

KETUA POLIS NEGARA

CAWANGAN PERJAWATAN

(UNIT PENGAMBILAN)

IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA

50560 BUKIT AMAN

KUALA LUMPUR.


Account & Admin Assistant

1. Education Level: LCCI
2. Experience Background: min 1 year or fresh graguate.
3. Skill: full set account OR basic account.
(This will determine salary range)
4. Industry: Manufacturer
5. Preferably male
6. Location: CyberValley, Cyberjaya

For further enquiry please call:
H/P: 019 - 335 7941 (Farah)

Please send your resume to:
Fax: 03-5621 7725


Looking for Physics, Chemistry and Biology tutors

We are looking for suitably qualified home tutors to teach in the following SPM subjects. Details are as follows:

(1) Physics
(2) Chemistry
(3) Biology

Location to teach : Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Job type : 1-to-1 Home Tuition
Tuition frequency : 2 times per week
Hours per lesson : 1.5 hours
Day & Time : To be announced

Those interested, please send your applications with full particulars to admin@mylearningfriend.com.

Thanks.


Part Time IT Marketing Executive


We search for motivated person doing sales & marketing in it product fields

Call Inai Kiara Services: ########(Kuala Lumpur)


Penang Branch Sales Executive

we are brand new advertisement company,Urgent need Sales agent for e-adverstisement sales at Kedah Branch,commision + Salary, monthly earn up from RM800 to RM3000. Part-Time and Full Time are welcome!! ages between 18-30 are encourage to apply.

minimum requirement :
SPM
fluent of hokkien, mandarin
sales experience
able to work independently
female aged between 18-30

sms your name,sex,age,location,current job to handphone number 017 5226380

Ivan TAN
CitiMap Advertisement Enterprise (0217452-D)

Call CitiMap Advertisement Enterprise: ####(Penang)


Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More